• Kembara

    Krabi Sedang Menangis

    Pada 1 September 2017, sekali lagi saya berpeluang ke bumi Krabi, Thailand. Ini adalah kali kedua saya kesini. Bukan kerana pantai dan pulaunya yang indah yang mendapat pengiktirafan kerajaan Thai antara 7 tempat tercantik di Thailand, tetapi kerana rintihan saudara seagama yang memerlukan pertolongan. Saya pergi bersama kumpulan amal SUPERFRENDS. Bersempena hari raya haji, kami membawa amanah penyumbang dari Malaysia yang ingin melaksanakan qurban di Krabi. Selain itu, kami mengadakan program yang biasa, iaitu agihan bantuan barang dapur kepada yang susah dan penduduk kampung. Memang mencabar juga untuk mendapatkan sumbangan korban di Krabi, kerana anggapan orang ramai Krabi tempat perlancongan dan pastilah orang-orang di sana senang-senang belaka. Apa yang hendak…